JOM KITA BERI ORANG MAKAN BERBUKA PUASA TAHUN NI
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Pengenalan Serantau Muslim
Serantau Muslim atau nama lamanya South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar melalui surat Ikatan Amanah pada 11 November 2010.
Kemudian, pada 14 Julai 2015, Serantau Muslim didaftarkan semula dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) dengan nombor pendaftaran PPM-033-10-14072015.
EBOOK PREMIUM 19 AMALAN MEMBUKA PINTU REZEKI
Taja Berbuka Target sasar taja 65,000 fakir miskin di Asia tenggara
Alhamdulillah tahun lepas 10 buah negara berjaya kami sampaikan makanan berbuka puasa dan lebih 11,000 orang penerimanya..
8 Keutamaan Memberi Makan Buka Puasa
Ada beberapa keutamaan memberi makan buka puasa. Ini juga termasuk bagi yang membantu atau menjadi panitia buka puasa karena termasuk dalam orang yang menolong dalam kebaikan.
Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:
الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)
Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang member makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.
Dinyatakan di sini sikap dan sifat tokoh ulama dalam member makan orang yang berpuasa:
- Hasan al-Basri member makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.
- Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
- Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.
- Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.
JOM TAJA BERBUKA SEKARANG
Klik butang di bawah untuk menaja fakir miskin di Asia untuk makan berbuka puasa
Galeri
PENAFIAN
Semua dana yang diterima akan dimasukkan dalam dana terkumpul tajaberbuka.com dan akan disalurkan kepada negara yang terlibat, yang akan di uruskan oleh Serantau Muslim.







